Pendidikan teknik dan vokasional ke arah pendidikan bertaraf dunia : dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

Nordin, Adzuieen (2003) Pendidikan teknik dan vokasional ke arah pendidikan bertaraf dunia : dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1959Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di politeknik-politeknik Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia supaya kualiti Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat ditingkatkan. Pengkaji telah melibatkan sejumlah 214 orang responden yang terdiri daripada pelajar diploma semester 6 daripada jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Awam dan Elektrik. Responden dipilih daripada tiga buah politeknik tertua di Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Port Dickson (PPD). Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik bagi mengenalpasti kaedah proses pengajaran dan pembelajaran, kemudahan dan kelengkapan fizikal yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik hari ini. Data-data yang diperolehi direkodkan menggunakan perisian SPSS dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah statistik diskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan kaedah proses pengajaran dan pembelajaran, kelengkapan dan kemudahan fizikal yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik berada di tahap sederhana. Beberapa cadangan telah dikenalpasti untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1394
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:09 May 2011 08:37
Last Modified:09 May 2011 08:37

Repository Staff Only: item control page