Peningkatan tahap pendidikan pensyarah dalam kerjaya: satu tinjauan di Politeknik

Maskin, Masliza (2004) Peningkatan tahap pendidikan pensyarah dalam kerjaya: satu tinjauan di Politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1340Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan persepsi pelajar terhadap peningkatan tahap pendidikan pensyarah dalam aspek penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), minat dan profesionalisme dalam keijaya. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana peningkatan tahap pendidikan pensyarah terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), minat dan profesionalisme dalam keijaya. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai sumber data dan diedarkan kepada 80 pelajar Diploma Politeknik Port Dickson yang mewakili Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Awam, Mekanikal dan Perdagangan. Keseluruhan data kajian dianalisis menggunakan SPSS 11.5 dengan membuat pengiraan ujian skor min. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang positif di antara peningkatan tahap pendidikan pensyarah dengan penguasaan ilmu pengetahuan pensyarah (4.35), kemahiran pengajaran pensyarah (4.094), proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pensyarah (4.136), peningkatan minat pensyarah (4.152) dan profesionalisme pensyarah (4.258). Kesimpulannya, peningkatan tahap pendidikan pensyarah merupakan satu faktor dalam pembangunan keijaya pensyarah

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:1397
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 12:19
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page