Perbandingan gaya pembelajaran kinestatik terhadap pelajar kejuruteraan di Politeknik Kuching: satu tinjauan

Edni, Ermizan (2003) Perbandingan gaya pembelajaran kinestatik terhadap pelajar kejuruteraan di Politeknik Kuching: satu tinjauan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1740Kb

Abstract

Kajian ini menumpukan tinjauan kepada kecenderungan gaya pembelajaran kinestatik pelajar-pelajar diploma kejuruteraan semester enam dan satu di Politeknik Kuching, Sarawak. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kelaziman gaya pembelajaran kinestatik di kalangan pelajar kejuruteraan dan melihat perbezaan gaya pembelajaran kinestatik berdasarkan kursus, semester dan jantina. Keseluruhan pelajar adalah seramai 181 orang iaitu merupakan sampel kepada kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah kaedah borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (S.P.S.S) versi 11.0 bagi mendapatkan korelasi dan nilai-t selain daripada jumlah peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Awam dan Elektrik memperlihatkan kecenderungan yang signifikan di dalam gaya pembelajaran kinestatik tidak mengira perbezaan dari segi kursus kejuruteraan dan semester. Walaubagaimanapun dapatan kajian tidak menunjukkan faktor jantina sebagai mempengaruhi kecenderungan gaya pembelajaran kinestatik di kalangan pelajar-pelajar kejuruteraan. Justeru itu adalah menjadi harapan pengkaji agar gaya pembelajaran kinestatik ini dapat diimplementasikan bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar kejuruteraan malah usaha pemadanan juga boleh dilaksanakan di dalam proses pengajaran yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah di seluruh jabatan kejuruteraan Politeknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1400
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 12:24
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page