Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal secara "online " di kalangan pelajar Kejuruteraan Awam di KUiTTHO

Noruzaman, Ainul Haezah (2002) Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal secara "online " di kalangan pelajar Kejuruteraan Awam di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1471Kb

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenai pasti perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran teknikal secara online di kalangan pelajar Kejuruteraan Awam di KUiTTHO. Kajian juga dilakukan untuk mengetahui bilangan pelajar yang mengikuti perbincangan maya dan purata masa yang digunakan dalam pembelajaran secara online pada jangka masa kajian selama empat minggu sahaja. Selain daripada itu, tujuan kajian yang lain adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran secara online. Seramai 50 orang dipilih sebagai responden dan jenis sampel adalah jenis purposeful sampling. Instrumen yang digunakan terdiri daripada borang soal selidik, temubual dan analisis kandungan untuk mengumpul data. Perisian SPSS menggunakan skor min dalam diskriptif statistik digunakan untuk mendapatkan keputusan data. Keputusan yang dihasilkan menunjukkan bahawa pembelajaran secara online boleh memberikan cabaran dan peluang-peluang baru terhadap kedua-dua pelajar dan instructor. Kebanyakan pelajar dalam kajian ini tidak memperlihatkan pembelajaran secara online sebagai menggantikan pembelajaran di bilik kuliah. Namun dengan adanya pemilihan subjek yang bersesuaian, instructor atau facilitator yang berpengalaman dan pelajar-pelajar yang berminat, maka pembelajaran secara online boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang efektif dan pilihan pembelajaran bersifat terarah kendiri selain daripada di bilik kuliah. Walaupun keputusan secara keseluruhannya adalah terhadap penerimaan pelajar dalam kelas Geologi Kejuruteraan yang dijalankan dalam Nicenet namun kajian-kajian lain perlu diadakan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pembelajaran secara online dalam kelas ini mahupun di kelas-kelas pembelajaran yang lain.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1403
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 12:25
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page