Persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di KUiTTHO terhadap jadual waktu rasmi : satu tinjauan

Mohamed, Noraini (2003) Persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di KUiTTHO terhadap jadual waktu rasmi : satu tinjauan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1480Kb

Abstract

Jadual waktu kuliah merupakan elemen yang penting dalam mengerakkan sesuatu proses pembelajaran. Jika jadual waktu kuliah tidak disusun dengan baik, maka ia boleh membawa masalah kepada pelajar. Justeru itu, pengkaji telah membuat satu kajian bertajuk " Persepsi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di KUiTTHO Terhadap Jadual Waktu Di Luar Waktu Rasmi: Satu Tinjauan". Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan pelajar terhadap jadual waktu kuliah yang diadakan di luar waktu rasmi. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang terdiri daripada pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik. Instrumen kajian berbentuk soal selidik dan temubual. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik diskriptif dengan bantuan perisian SPSS. Analisis kajian ini berdasarkan skor min. Dapatan kajian telah menunjukkan pelajar kurang setuju sekiranya kelas pada waktu malam dielakkan dengan skor min (3.23). Skor min (3.68) menunjukkan pelajar setuju sekiranya kelas pada hari Sabtu dan Ahad dapat dielakkan. Pelajar juga setuju sekiranya jadual waktu kuliah yang diadakan antara jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang dapat dielakkan dengan skor min (3.52). Begitu juga, skor min (3.57) menunjukkan pelajar setuju sekiranya kuliah yang diadakan antara jam 6.00 petang hingga 7.00 malam dapat dielakkan. Secara keseluruhannya, jadual waktu kuliah yang diadakan di luar waktu rasmi tidak dapat diterima oleh kebanyakan pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan di KUiTTHO.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
ID Code:1408
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 12:32
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page