Analisis talian penghantaran kuasa sistem DWI-Litar tiga-fasa dan sistem enam-fasa

Jumaat, Siti Amely (2004) Analisis talian penghantaran kuasa sistem DWI-Litar tiga-fasa dan sistem enam-fasa. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
8Mb

Abstract

Jurutera sistem kuasa telah menimbangkan kemungkinan memperkenalkan talian penghantaran sistem enam-fasa dengan mengubah sistem dwi-litar tiga-fasa disebabkan permintaan pada masa hadapan. Talian penghantaran sistem enam-fasa mempunyai beberapa kelebihan yang unik sebagai talian penghantaran fasa tinggi. Pada keadaan normal, talian penghantaran sistem enam-fasa dapat meningkatkan keupayaan penghantaran sebanyak 73% berbanding sistem dwi-litar tiga-fasa. Pengurangan kesan korona dan penurunan medan magnet memberi kebaikan kepada persekitarannya. Penggunaan struktur pembinaan yang kecil tetapi mampu meningkatkan keupayaan ruang talian atas memberikan kelebihan kepada sistem ini. Selain mengkaji konsep asas dan ciri-ciri talian penghantaran, kajian ini lebih menumpu kepada analisis rekabentuk pengubah untuk sistem enam-fasa. Perbandingan secara kiraan sistem per unit menggunakan MATLAB dan simulasi PSCAD/EMTDC dilaksanakan untuk kedua-dua sistem. Analisis data dijalankan dalam beberapa aspek seperti nilai beza fasa, voltan, arus dan kuasa di bahagian penjanaan, talian penghantaran dan beban. Pada masa yang sama, pemilihan rekabentuk pengubah yang terbaik untuk sistem enam-fasa dilakukan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK3001-3521 Distribution or transmission of electric power
ID Code:1409
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:20 Apr 2011 12:27
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page