Penilaian perlaksanaan sistem pensijilan terbuka : satu tinjauan ke atas pelajar tingkatan lima aliran teknik, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor

Yasin, Ahmad Kassim (2001) Penilaian perlaksanaan sistem pensijilan terbuka : satu tinjauan ke atas pelajar tingkatan lima aliran teknik, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1518Kb

Abstract

Perlaksanaan Sistem Pensijilan Terbuka Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang pertama kalinya dilaksanakan pada tahun 2000 merupakan satu agenda untuk memperlihatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara. Sistem Pensijilan Terbuka SPM. menjadi alat pengukur yang terbaik untuk mengukur pencapaian pelajar. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi pelajar-pelajar mengenai sejauhmanakah persediaan pihak sekolah dalam melaksanakan Sistem Pensijilan Terbuka SPM. Kajian ini hanya memfokuskan kepada sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Seramai 103 orang respoden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Lima aliran Teknik dipilih untuk menjawab soal selidik. Datadata yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah peratusan. Hasil Kajian mendapati pelajar-pelajar masih belum jelas tentang perlaksanaan Sistem Pensijilan Terbuka. Namun dari dapatan masih lagi terdapat masalah atau kelemahan dalam perlaksanaan sistem baru ini. Oleh itu, beberapa cadangan dan rumusan telah dibuat. Adalah di harapkan dengan hasil dapatan ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat supaya dapat menilai dan mengkaji Sistem Pensijilan Terbuka SPM agar menjadi lebih baik dan boleh diterima pakai. Selain itu, di harapkan ia menjadi panduan atau rujukan kepada pihak-pihak yang menjalankan kajian yang sama.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1411
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 May 2011 11:33
Last Modified:05 May 2011 11:33

Repository Staff Only: item control page