Pelaksanaan dan penilaian kemahiran insaniah dalam mata pelajaran kokurikulum di UTHM

Mansor, Zulkifli (2008) Pelaksanaan dan penilaian kemahiran insaniah dalam mata pelajaran kokurikulum di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1871Kb

Abstract

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti merupakan salah satu aspek untuk melahirkan modal insan yang cemerlang daripada segi akademik dan bukan akademik terutamanya Kemahiran Insaniah (KI). Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pelaksanaan dan penilaian KI dalam mata pelajaran kokurikulum di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Kaedah tinjauan melibatkan 33 orang fasilitator yang mengajar mata pelajaran kokurikulum dan 471 orang pelajar yang mengikuti mata pelajaran kokurikulum di UTHM telah digunakan. Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science Version 15.0 (SPSS v 15) bagi mendapatkan skor min. Manakala, dua orang fasilitator dipilih untuk menjadi responden bagi penemubualan secara bersemuka. Hasil kajian mendapati pengetahuan, pelaksanaan dan penilaian fasilitator terhadap KI adalah baik dan tinggi. Tahap penerimaan dan penguasaan pelajar terhadap KI juga adalah tinggi. Namun terdapat percanggahan diantara data yang diperolehi daripada soal selidik dan data temubual bagi pelaksanaan KI oleh fasilitator-fasilitator. Oleh itu, semua pihak khususnya Pusat Kokurikulum, Sukan Dan Kebudayaan (PKSK) dan umumnya UTHM harus memandang serius dapatan kajian ini. Ini bagi membolehkan UTHM menjadi salah satu Universiti yang berasaskan kepada sains dan teknologi yang terkemuka di Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1414
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 May 2011 11:22
Last Modified:05 May 2011 11:22

Repository Staff Only: item control page