Aplikasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web bagi prosedur amali Perkhidmatan Bangunan (C434) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Yusof, Muhamad Sujairi (2004) Aplikasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web bagi prosedur amali Perkhidmatan Bangunan (C434) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2414Kb

Abstract

Satu kajian telah dilakukan untuk membangunkan laman web amali Perkhidmatan Bangunan dalam usaha mempelbagaikan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, P&P. Melalui kaedah temubual pada peringkat awal kajian, didapati bahawa sebilangan pelajar tidak berketrampilan dan berkeyakinan menjalankan amali Perkhidmatan Bangunan berdasarkan prosedur yang sedia ada. Sehubungan dengan itu pelajar masih mengharapkan tunjuk ajar daripada pendidik sebagai panduan. Justeru itu, pengkaji berusaha menukarkan corak P&P yang berpusatkan pendidik kepada lebih berpusatkan pelajar sendiri dengan pengaplikasian laman web amali Perkhidmatan Bangunan yang menggabungkan elemen-elemen multimedia sebagai satu alternatif baru. Soal selidik telah digunakan bagi menilai laman web yang telah dibangunkan itu. Sekumpulan pelajar semester enam Diploma Perkhidmatan Bangunan (POLIMAS) yang telah mengambil amali Perkhidmatan Bangunan dipilih sebagai responden.kajian seramai 28 orang pelajar lelaki dan 18 pelajar wanita. Penilaian adalah berdasarkan kepada persepsi responden terhadap tiga faktor iaitu isi kandungan; mesra pengguna dan unsur motivasi bagi laman web yang di bangunkaiL Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisa data-data kajian dan faktor-faktor tersebut diinterpretasikan berdasarkan nilai min. Hasilan kajian ini mendapati bahawa laman web dapat diaplikasikan dalam P&P amali Perkhidmatan Bangunan dan dicadangkan pakej pembelajaran ini dimuatkan secara on-line pada masa akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1432
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 14:54
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page