Amalan teknik mengingat di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor

Torman, Zaida (2002) Amalan teknik mengingat di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1356Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau amalan teknik mengingat di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui pendapat pelajar mengenai kepentingan teknik mengingat kepada mereka serta teknik-teknik mengingat yang diamalkannya. Seramai 90 orang pelajar telah diambil sebagai sample kajian. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan taburan frekuensi, peratusan dan skor min. Analisis ini dilakukan menggunakan perisian SPSS for Windows 10.0. Hasil daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden tidak mengetahui dan tidak mengamalkan pelbagai teknik mengingat yang berkesan. Justeru itu, mereka memerlukan satu panduan berkaitan teknik mengingat untuk membantu pelajar-pelajar dalam menghadapi pembelajaran dan peperiksaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
ID Code:1443
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:01
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page