Pembangunan dan penilaian alat bahan bantu mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi mata pelajaran pengurusan perniagaan

Masri, Masidah (2003) Pembangunan dan penilaian alat bahan bantu mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi mata pelajaran pengurusan perniagaan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2076Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai alat bahan bantu mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan. ABBM ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan dinilai kesesuaiannya dari segi isi kandungan dan bahasa, persembahan, daya penarik dan penjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 38 orang pelajar Diploma Akauntansi (DAT 3B) di Jabatan Perdagangan, Politeknik Port Dickson. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisa berdasarkan taburan kekerapan, peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 11.0. Dapatan kajian menunjukkan penilaian terhadap pembangunan ABBM berbantukan komputer digunakan dalam proses P&P adalah amat tinggi. Adalah diharapkan ABBM ini dapat dilaksanakan di Politeknik Port Dickson dalam proses P&P. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi penggunaan ABBM dalam proses P&P sama ada dengan menggunakan perisian yang sama atau pelbagai perisian lain yang terkini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1445
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:04
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page