Mengenalpasti faktor motivasi dalam mempengaruhi proses pembelajaran kendiri pelajar :|btinjauan di Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash dan Lebuh Catur, Ipoh Perak, kursus perdagangan tingkatan 5

Ahmad Zolkifli @ Uda, Norazwa (2003) Mengenalpasti faktor motivasi dalam mempengaruhi proses pembelajaran kendiri pelajar :|btinjauan di Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash dan Lebuh Catur, Ipoh Perak, kursus perdagangan tingkatan 5. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]
Preview
PDF
1843Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenai pasti faktor motivasi dapat mempengaruhi dalam proses pembelajaran kendiri pelajar. Kajian ini telah dilakukan ke atas 98 orang pelajar-pelajar tingkatan 5 dari kursus perdagangan Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash dan Sekolah Menengah Teknik Lebuh Catur, Ipoh Perak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dalam mendapatkan data. Data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical Program For Social Sciences (SPSS) versi 10.0 dan dipersembahkan dalam bentuk carta, peratusan dan juga membuat keterangan analisis. Statistik deskriptif dan korelasi juga digunakan untuk menganalisis maklumat tersebut. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa faktor motivasi iaitu faktor dalaman, faktor luaran dan faktor persekitaran mempunyai hubungan dengan proses pembelajaran kendiri pelajar. Selain daripada itu juga, kajian ini dapat melihat hubungan di antara kedua-dua pembolehubah mempunyai hubungan yang positif di antara satu lain. Dengan itu, ini dapat menunjukkan bahawa faktor motivasi iaitu faktor dalaman pelajar, faktor luaran dan faktor persekitaran adalah signifikan terhadap proses pembelajaran kendiri pelajar. Di akhir kajian ini juga telah terhasilnya satu garis panduan kepada mereka yang memerlukan khususnya kepada pelajar-pelajar dalam memilih proses pembelajaran untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan juga kepada pakar-pakar motivasi dalam memberi nasihat dan panduan kepada pelajar-pelajar sekolah Menengah khasnya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik yang terdapat di Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1464
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:16
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page