Amalan kaedah nilaian sistem pentauliahan bagi latihan kemahiran lukisan struktur dan kejuruteraan awam tahap satu anjuran MLVK

Ab. Ghani, Amran (2001) Amalan kaedah nilaian sistem pentauliahan bagi latihan kemahiran lukisan struktur dan kejuruteraan awam tahap satu anjuran MLVK. Masters thesis, Institut Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1996Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau mengenai amalan kaedah nilaian sistem pentauliahan bagi latihan kemahiran lukisan struktur dan kejuruteraan awam tahap satu anjuran MLVK. Melalui kajian ini dapatlah dilihat sejauh manakah kaedah nilaian bagi sistem pentauliahan ini sama ada ianya ada mempunyai kesetaraan ataupun tidak di institusi-institusi yang ada menganjurkan latihan kemahiran ini. Tinjauan perlaksanaan program ini difokuskan kepada tiga kumpulan responden iaitu Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Sekolah menengah Teknik (SMT) dan juga Institut Kemahiran Mara (IKM) yang mana ianya membabitkan pelatih dan juga pengajar. Penyelidik telah mengenalpasti akan ciri tentang keseragaman dan juga kesetaraan amalan kaedah nilaian sistem pentauliahan bagi kajian iaitu: (i) penggunaan peralatan dan kemudahan latihan (ii) perlaksanaan kurikulum latihan dan juga, (iii) sistem penilaian dan mod-modnya. Kajian ini dilakukan melalui kaedah soalselidik terhadap responden yang dipilih. Dapatan dari kajian ini jelas menunjukkan ada beberapa elemen di dalam program latihan kemahiran bagi bidang Lukisan Struktur dan Kejuruteraan Awam dilihat bahawa perlaksanaannya adalah tidak seragam begitu juga dengan amalan kaedah nilaian yang diamalkan oleh sistem pentauliahan yang mana ianya juga berbeza-beza. Implikasinya akan menyebabkan dan juga akan mendorong kepada mewujudkan ketidaksetaraan ketrampilan kepada pemegang SKM Tahap Satu dalam negara ini. Di akhir kajian, penyelidik ada mencadangkan beberapa penyelesaian dan juga pendekatan yang mungkin boleh digunakan bagi mewujudkan kesetaraan dalam pelaksanaan amalan kaedah nilaian sistem pentauliahan bagi program Persijilan Kemahiran Malaysia. Antaranya adalah dengan membangunkan Panduan Pembelajaran (Learning Guide), kurikulum yang harus dikaji semula, pembangunan prasarana yang dibuat secara berjadual, pelaksanaan sistem nilaian yang menggambarkan aras pencapaian sebenar pelatih dengan merujuk kepada julat aras ketrampilan (benchmark) yang piawai serta pemantauan pelaksanaan sistem yang menyeluruh dan seragam dari semua pihak.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:1471
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:05 May 2011 10:54
Last Modified:05 May 2011 10:54

Repository Staff Only: item control page