Impak penggunaan multimedia dalam pengajaran topik isometrik terhadap pencapaian dan motivasi pelajar tingkatan 2

Kamarudin, Harith Azidin (2014) Impak penggunaan multimedia dalam pengajaran topik isometrik terhadap pencapaian dan motivasi pelajar tingkatan 2. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p HARITH AZIDIN KAMARUDIN.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
HARITH AZIDIN KAMARUDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (356kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HARITH AZIDIN KAMARUDIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB) | Request a copy

Abstract

Kurikulum pengajaran dan pembelajaran memerlukan transformasi dan kaedah yang lebih efektif supaya mampu meningkatkan minda pelajar terutamanya dari golongan pelajar yang berkebolehan sederhana agar meminati bidang teknikal. Namun,kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010 mendapati penggunaan ICT di sekolah adalah terhad. Kira-kira 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran topik isometrik terhadap pencapaian dan motivasi pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin,Raub,Pahang. Seramai 64 orang pelajar telah dipilih sebagai responden di mana mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan adalah set soalan ujian dan soal selidik. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen yang menggunakan data kuantitatif. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti peratusan,min, ujian korelasi spearman ,ujian-t tidak bersandaran dan ujian-t bersandaran. Penganalisian data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 17.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian mendapati penggunaan perisian kemahiran melukis lukisan isometrik mempunyai perkaitan dengan motivasi pelajar seterusnya membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai kemahiran melukis lukisan isometrik berbanding dengan menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Justeru, kajian merumuskan dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan kemahiran melukis lukisan isometrik, pendekatan pembelajaran berasaskan perisian multimedia berupaya mewujudkan impak menarik dan berkesan dalam PdP.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Electrical and Electronic Engineering > Department of Electrical Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Oct 2021 07:28
Last Modified: 03 Oct 2021 07:28
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1476

Actions (login required)

View Item View Item