Amalan penggunaan internet di kalangan pelajar Sarjana Muda Kolej Universiti Teknologi Tun HUssein Onn (KUiTTHO)

Mohammad Noor, Noorman Farid (2001) Amalan penggunaan internet di kalangan pelajar Sarjana Muda Kolej Universiti Teknologi Tun HUssein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1824Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau amalan penggunaan internet di kalangan pelajar Sarjana Muda Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) semasa dalam proses pembelajaran, Fokus utama kajian merangkumi keutamaan aplikasi internet, pemilihan maklumat, kecenderungan serta faktor - faktor yang mendorong pelajar menggunakan internet. Seramai 351 orang responden telah dipilih dan soal selidik selidik digunakan sebagai instrumentasi kajian. Data - data yang diperolehi dianalisis secara komputer berasaskan kaedah statistik. Dapatan kajian menunjukkan amalan penggunaan internet di kalangan pelajar Saijana Muda adalah positif dari segi keutamaan pemilihan aplikasi, keutamaan pemilihan maklumat, dan juga faktor - faktor kecenderungan pelajar untuk menggunakan internet. Rata-rata pelajar menggunakan kemudahan internet untuk aktiviti-aktiviti yang berfaedah semasa dalam proses pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1479
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:28 Apr 2011 08:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page