Kajian untuk mengenalpasti tahap ciri-ciri kecerdasan emosi (EQ) dikalangan pelajar dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P)

Yunus, Zarina (2003) Kajian untuk mengenalpasti tahap ciri-ciri kecerdasan emosi (EQ) dikalangan pelajar dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1584Kb

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada tahap ciri-ciri kecerdasan emosi (EQ) dikalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah raelihat apakah tahap ciri-ciri kecerdasan emosi dikalangan pelajar yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar semester 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaan Antarabangsa di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA). Instrumen kajian ini melibatkan soal selidik yang mengandungi 50 soalan. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisa data. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package for Social Sciences (SPSS) versi 10.0 dengan membuat pengiraan kekerapan dan peratus serta skor min. Dapatan menunjukkan bahawa tahap ciri -ciri kecerdasan emosi pelajar dalam ketiga-tiga ciri iaitu kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal dan kemahiran memotivasikan diri berada pada tahap tinggi atau memuaskan . Namun begitu kemahiran pengurusan tekanan masih berada pada tahap memuaskan tetapi menghampiri tahap sederhana. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa tahap ciri-ciri kecerdasan emosi sebenamya amat penting dalam mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan untuk kajian selanjutnya. Diakhir kajian ini, satu instrumen untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi ( bersama skor,penerangan skor serta maklumat EQ ) dalam bahasa Melayu telah dibangunkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
ID Code:1480
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:25
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page