Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di negeri Johor

Ahmad, Mohd Fadhli (2008) Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di negeri Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1663Kb

Abstract

Proses pentaksiran adalah sangat penting dalam menilai perkembangan pencapaian pelajar dan juga mentafsir tahap mutu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti sama ada amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di Negeri Johor dilaksanakan dengan mengikut prosedur yang betul atau pun tidak. Kajian ini dijalankan di seluruh kolej komuniti di negeri Johor dengan menggunakan dua instrumen iaitu soal selidik dan senarai semak dengan sampel kajian terdiri daripada 127 orang pensyarah bagi soal selidik dan 3 orang pensyarah bagi senarai semak yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian dianalisis menggunakan peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS for Windows, Version 15.0). Nilai Alpha Cronbach's yang diperoleh hasil daripada kajian rintis adalah 0.983, bermakna borang soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengumpul data kajian. Hasil analisis kajian sebenar menunjukkan skor min keseluruhan adalah 4.214 yang menggambarkan tahap kefahaman dalam amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi. Proses pentaksiran yang dijalankan juga berdasarkan prosedur yang betul seperti mana yang telah digariskan dan dapatan juga menunjukkan amalan-amalan, teori-teori dan prinsip-prinsip pengukuran dan penilaian pendidikan dalam membuat pentaksiran pengajaran dan pembelajaran dipatuhi iaitu berada pada tahap yang tinggi. Hasil daripada dapatan kajian, suatu cadangan dikemukakan terhadap beberapa pihak yang terbabit dalam memartabatkan lagi amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran dan cadangan terhadap kajian lanjutan juga turut juga dimuatkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
ID Code:1485
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:28 Apr 2011 08:36
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page