Kearah cadangan mewujudkan kursus sistem maklumat geografi (GIS) di Politeknik :kajian terhadap faktor-faktor pemilihan kerjaya dalam bidang GIS di kalangan pelajar diploma ukur tanah, Politeknih Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang

Mohamad Jaya, Nur Syamsinar Fadhilah (2002) Kearah cadangan mewujudkan kursus sistem maklumat geografi (GIS) di Politeknik :kajian terhadap faktor-faktor pemilihan kerjaya dalam bidang GIS di kalangan pelajar diploma ukur tanah, Politeknih Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1273Kb

Abstract

Membuat suatu keputusan untuk menceburkan diri dalam suatu bidang kerjaya amat besar maknanya bagi seseorang. Ini kerana kesesuaian kerjaya yang dipilih dengan minat dan kebolehan, amat mempengaruhi prestasi keijaya seseorang. Oleh yang demikian, sebagai langkah awal terhadap pemilihan kerjaya dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS), dan kearah cadangan mewujudkan kursus ini di politeknik, kajian mengenalpasti adakah faktor-faktor pemilihan keijaya iaitu faktor minat, pengetahuan, peluang keijaya dan ganjaran dan pengaruh teknologi maklumat mempengaruhi pemilihan keijaya pelajar dalam bidang ini, dan menjadi faktor keperluan mewujudkan kursus ini di politeknik. Kajian ini telah dilakukan di kalangan pelajar Diploma Ukur Tanah di tahun dan semester akhir, Pohteknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Pahang. Seramai 40 orang pelajar telah terlibat sebagai responden. Bagi tujuan mengumpul data, soal selidik berdasarkan skala Likert ditadbirkan kepada pelajar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik dengan perisian SPSS versi 10.0. Dapatan kajian dianalisa dengan menggunakan pengiraan kekerapan untuk menganalisis tahap kepentingan faktor-faktor pemilihan keijaya di kalangan pelajar dan ujian Korelasi Pearson untuk menganalisis hubungan antara faktor pemilihan kerjaya dengan pemilihan kerjaya dalam bidang GIS. Selain itu, hubungan antara faktor-faktor pemilihan kerjaya dengan keperluan mewujudkan kursus GIS di politeknik juga dilakukan. Hasil kajian menunjukkan, faktor-faktor pemilihan kerjaya tersebut mempengaruhi mereka memilih kerjaya dalam bidang GIS, tetapi faktor-faktor pemilihan kerjaya pelajar tersebut bukanlah faktor utama kepada keperluan mewujudkan kursus GIS di politeknik. Dapatan kajian ini boleh memberi input kepada pembangunan bidang ini khasnya ke arah cadangan mewujudkan kursus GIS di politeknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
ID Code:1490
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:30
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page