Analisis pembangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan modul pembelajaran kendiri mekatronik

Abdul Ghani, Aznida Wati (2003) Analisis pembangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan modul pembelajaran kendiri mekatronik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2142Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap peinbangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK). Aspek-aspek yang dikaji merangkumi tahap kecenderungan berfikir pelajar, tahap pembangunan kemahiran berfikir pelajar, tahap kebolehgunaan dan implikasi MPK terhadap kriteria kemahiran kreativiti pelajar. Kajian ini dilakukan secara deskriptif melalui soal selidik dan temubual. Menggunakan dua kumpulan responden iaitu pelajar dan guru, dua set soal selidik dan tiga soalan temubual yang dibina telali diedarkan kepada 180 orang responden pelajar dan 15 orang responden guru termasuk 2 orang responden temubual, yang telah dipilih secara rawak dari bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tahap kecenderungan berfikir pelajar di tahap sederhana dan pelajar cenderung untuk berfikiran sempit dalam proses pembelajaran, manakala tahap pembangunan berfikir pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan MPK, tahap kebolehgunaan dan implikasi MPK terhadap pembangunan kriteria kemahiran kreativiti adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa MPK yang disediakan dapat membantu pembangunan kemahiran berfikir dalam P&P.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Transport and Geotechnique Engineering
ID Code:1493
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:27 Apr 2011 16:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page