Kajian terhadap pelaksanaan "nilai murni merentasi kurikulum" di KUiTTHO : satu kajian di kalangan pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Nazeri, Nour Azira (2001) Kajian terhadap pelaksanaan "nilai murni merentasi kurikulum" di KUiTTHO : satu kajian di kalangan pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1504Kb

Abstract

Satu aspek terpenting vang ditekankan dalam perlaksanaan kurikulum di peringkat sekolah adalah menerapkan penghayatan etika kebangsaan dan nilai-nilai moral yang murni dalam pengajaran dan pembelajaran.Kajian ini berhasrat untuk mengenai pasti, sama ada pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia turut melaksanakan perkara yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka, seperti yang diamalkan oleh tenaga pengajar di peringkat sekolah-sekolah menengah dan rendah di negara ini. Bagi tujuan kajian ini, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dipilih sebagai sampel institusi bagi mewakili institusi pengajian tinggi awam yang lain di negara ini. Soal selidik telah diedarkan kepada kalangan 63 responden, terdiri danpada tenaga akademik di Fakulti Teknologi Kejuruteraan di KUiTTHO. Kajian ini memilih prosedur deskriptif dan data-data yang telah dianalisis menunjukkan responden turut memberikan keutamaan dalam menerapkan ciri-ciri penghayatan etika kebangsaan dan nilai-nilai moral yang murm dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kuliah. Adalah meniadi harapan semoga dapatan kajian ini dapat membantu pihak institusi pengajian tinggi dalam meningkatkan proses penerapan nilai etika kebangsaan dan nilai-nilai moral yang mumi merentasi kurikulum akademik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1496
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Apr 2011 16:38
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page