Cabaran-cabaran dalam pendidikan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sarjana : tinjauan ke atas pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO

Osman, Asmiza (2001) Cabaran-cabaran dalam pendidikan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sarjana : tinjauan ke atas pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1659Kb

Abstract

Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang dihadapi oleh pelajar mengikut jantina juga turut dikaji. Seramai 180 pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) iaitu lebih kurang 54% daripada populasi telah dipilih sebagai responden. Pemilihan dibuat secara rawak dan dipilih daripada pelajar sarjana lelaki dan wanita semester I, II dan III Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A (demografik), B (cabaran Institusi, Situasi dan Psikologi) dan C (Pendapat Umum). Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisa dalam bentuk min, ujian T dan ANOVA Satu Hala. Keputusan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada faktor cabaran yang muncul menjadi cabaran utama dalam pendidikan. Selain itu tidak wujud perbezaan pendapat terhadap cabaran pendidikan dewasa antara pelajar saijana lelaki dan wanita.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
ID Code:1499
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:27 Apr 2011 15:57
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page