Hubungan perlaksanaan kurikulum dengan kompetensi graduan Kejuruteraan Awam lepasan KUiTTHO

Rali, Nurazura (2003) Hubungan perlaksanaan kurikulum dengan kompetensi graduan Kejuruteraan Awam lepasan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1964Kb

Abstract

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa agar ianya mengikuti kehendak industri, kerana keperluan sumber manusia yang berkompetensi adalah bergantung kepadanya. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk meninjau persepsi graduan terhadap perlaksanaan kurikulum berdasarkan tiga indikator iaitu kandungan program, kandungan silabus dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta meninjau tahap kompetensi graduan daripada persepsi graduan itu sendiri dan majikan di tempat graduan bekeija. Tahap kompetensi graduan diukur berdasarkan kepada tiga indikator iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap profesionalisme. Pengkaji juga meninjau hubungan dan sumbangan di antara dua pembolehubah ini iaitu, perlaksanaan kurikulum dengan kompetensi graduan kejuruteraan awam lepasan KUiTTHO. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 38 orang graduan kejuruteraan awam lepasan KUiTTHO dan 5 orang majikan graduan tersebut yang dipilih secara rawak. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Data kemudiaannya diproses menggunakan perisian 'Statistic Package for the Social Science version 10.0 (SPSS v 10.0)'. Hasil dapatan kajian, menunjukkan bahawa graduan mempersepsikan perlaksanaan kurikulum dan kompetensi mereka adalah di tahap sederhana (skor min=3.51dan 3.73 ). Pihak majikan pula mempersepsikan yang kompetensi graduan lepasan KUITTHO adalah di tahap yang tinggi (skor min 3.91). Kedua-dua pembolehubah didapati mempunyai hubungan signifikan yang tinggi (r = 0.704). Analisis regresi juga menunjukkan perlaksanaan kurikulum menyumbang sebanyak 49.5 peratus terhadap varians kompetensi graduan pada aras signifikan 0.05. Akhir sekali, pengkaji membangunkan satu prototaip, iaitu Peta Kurikulum 'School To Work' hasil daripada maklumbalas dapatan kajian sebagai satu cadangan produk kepada KUiTTHO untuk membantu dalam usaha meningkatkan kualiti perlaksanaan kurikulum.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1506
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:27 Apr 2011 15:43
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page