Pembangunan modul prinsip ekonomi dalam topik teori permintaan dan penawaran bagi pelajar diploma di politeknik

Shaik Ismail, Siti Mahanum (2003) Pembangunan modul prinsip ekonomi dalam topik teori permintaan dan penawaran bagi pelajar diploma di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1665Kb

Abstract

Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan termasuklah kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran bermodul secara kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Prinsip Ekonomi dalam topik Teori Permintaan Dan Penawaran yang telah dihasilkan bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma di Jabatan Perdagangan Politeknik. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada modul yang dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri modul yang baik, modul yang dihasilkan dapat membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan, modul yang dihasilkan dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan pelajar dan modul yang dihasilkan dapat mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Kajian ini dilakukan ke atas 144 orang pelajar semester satu yang mengikuti pengajian diploma dan 5 orang pensyarah yang mengajar subjek Prinsip Ekonomi di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Kaedah analisa data yang digunakan dalam kajian ini ialah skor min dan peratus. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa modul yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri modul yang baik, membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan, membantu meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan pelajar dan membantu mencapai objektif-objektif pembelajaran. Ini bermakna secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa modul yang dihasilkan oleh pengkaji adalah sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar semester satu yang mengikuti pengajian diploma di Jabatan Perdagangan peringkat politeknik. Seterusnya, beberapa pandangan telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti MPK yang dihasilkan. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:1511
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page