Pembinaan e-modul mata pelajaran hidrologi :kajian di Politeknik Shah Alam

Mohamed, Nor Hidayah (2004) Pembinaan e-modul mata pelajaran hidrologi :kajian di Politeknik Shah Alam. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1639Kb

Abstract

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bukan perkara yang baru diperkenalkan di arena pendidikan. Pelbagai bentuk MPK yang semakin berkembang di negara kita terutamanya modul bercetak yang merupakan modul paling popular di kalangan pengajar dan pelajar. Sungguhpun begitu, MPK dalam bentuk elektronik yang berintegrasikan multimedia merupakan perkara baru yang semakin berkembang dan perlu diberi penekanan dalam meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan di negara kita amnya. Justeru, kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini bertujuan menilai sejauhmana keberkesanan MPK berasaskan multimedia yang dikenali sebagai e-modul yang dibangunkan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik. Penyelidik telah menguji sejauhmana e-modul ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar, bersifat interaktif, mesra pelajar, fleksibel dan tahap kepuasan pelajar terhadap hasil keseluruhan e-modul yang dibina. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Semester 6, Politeknik Shah Alam. Melalui penggunaan instrumen soal selidik, pengumpulan data atau penilaian kajian adalah berdasarkan kepada persepsi pelajar terhadap keberkesanan e-modul yang dibangunkan. Segala data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) Versi 11.0 yang melibatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap peningkatan kefahaman pelajar, interaktif, mesra pengguna, fleksibel serta hasil keseluruhan berada pada tahap yang tinggi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
ID Code:1527
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 16:13
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page