Masalah gangguan seksual : satu tinjauan di kalangan kakitangan akademik Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

Sabiran, Nurul Esly (2002) Masalah gangguan seksual : satu tinjauan di kalangan kakitangan akademik Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1911Kb

Abstract

Kajian Tentang Masalah Gangguan Seksual berdasarkan satu tinjauan di kalangan kak:tangan akademik Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan kajian berbentuk silang yang bertujuan untuk mengenai pasti kefahaman tentang tingkahlaku yang dikatakan gangguan seksual, memperoleh maklumat tentang bentuk-bentuk gangguan yang paling dianggap ganguan seksual dan mengenalpasti pengetahuan responden untuk melaporkan kes gangguan seksual. Dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada enam jabatan di Politeknik Port Dickson, dapatan kajian mendapati bahawa 23.9% daripada responden pemah mengalami gangguan seksual dan 45.5% daripadanya adalah leiaki manakala 54.5% adalah wanita. Ia juga menujukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan tentang persepsi responden leiaki dan wanita dari segi tingkahlaku yang dikatakan gangguan seksual dan yang paling dianggap sebagai gangguan seksual. Responden daripada latarbelakang pendidikan yang berlainan juga tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan tentang persepsi mereka dari segi tingkahlaku yang dikatakan gangguan seksual dan yang paling dianggap sebagai gangguan seksual Berdasarkan analisis deskriptif, tingkahlaku yang paling dianggap gangguan seksual ialah gangguan berbentuk visual dan fizikal. Responden juga memilih untuk mengadukan kes gangguan seksual kepada kaunselor dan rakan sekeija. Kajian ini menggambarkan secara ringkas tentang masalah gangguan seksual di kalangan kakitangan akademik Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1528
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Apr 2011 15:05
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page