Membina profil pelajar berisiko : satu kajian kes terhadap pelajar kursus Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Ahmad Azzudin, Ahmad Hasmudin (2001) Membina profil pelajar berisiko : satu kajian kes terhadap pelajar kursus Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1488Kb

Abstract

Lazimnya kegagalan pelajar-pelajar yang berisiko hanya dapat diputuskan apabila mereka menduduki sesuatu peperiksaan di akhir semester atau kursus. Justeru itu perlu adanya satu sistem yang dapat mengesan kelemahan-kelemahan pelajar tersebut. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan sebagai satu indikator untuk mengenai pasti samada pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional berisiko atau pun tidak. Pengenalan pelajar-pelajar berisiko dilakukan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan SPM mereka yang ditumpukan kepada empat matapelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia. Keputusan menunjukkan lebih daripada separuh pelajar-pelajar tersebut berisiko tinggi dalam keempat-empat matapelajaran. Namun demikian pengajaran dan penilaian pensyarah tidak memainkan peranan utama dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar-pelajar tersebut. Begitu juga dengan sikap, daya usaha dan hasrat pelajar-pelajar tidak meletakkan mereka dalam kelompok pelajar berisiko. Akan tetapi satu aspek yang boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar-pelajar ini adalah dari aspek kemudahan prasarana yang disediakan yang didapati tidak memuaskan. Berlainan pula dengan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar ini iaitu gaya pergerakan yang diadaptasi daripada model pembelajaran Barsch. Gaya pembelajaran mereka ini hanya akan meletakkan mereka sebagai berisiko sekiranya gaya pengajaran pensyarah adalah tidak selari dengan amalan pembelajaran pelajar-pelajar ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1534
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Apr 2011 15:03
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page