Kajian keberkesanan penggunaan modul pembelajaran bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 2 (E2002) bagi pelajar Kejuruteraan Elektrik di politeknik

Maimun @Mohmood, Ainor Izmira (2004) Kajian keberkesanan penggunaan modul pembelajaran bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 2 (E2002) bagi pelajar Kejuruteraan Elektrik di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1056Kb

Abstract

Modul Pembelajaran Sistem Elektronik 2 ( E2002 ) mempakan satu media pembelajaran yang mengandungi unit-unit aktiviti yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan modul pembelajaran bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 2 ( E2002 ) dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek penerimaan pelajar, kesesuaian isi kandungan dan proses pembelajaran yang berkesan. Responden untuk kajian ini adalah seramai 150 orang pelajar semester empat Kejumteraan Elektrik di lima Politeknik di Malaysia. Untuk kajian ini, instnunen yang digunakan ialah jenis soal selidik di mana penilaian dilahLlkan berdasarkan kepada persepsi responden terhadap modul ini. Data- data yang dihLlmpulkan dianalisis mengglmakan Statistical Packages for Sosial Sciences ( SPSS) Version 11.O yang melibatkan skor min dan sisihan piawai . Responden bersetuju bahawa modul ini mendatangkan manfaat kepada pelajar. Berdasarkan nilai skor min keselumhan item iaitu 3.99, penerimaan responden terhadap perlaksanaan modul ini adalah di tahap baik.Begitu juga, dapatan yang diperolehi daripada analisis item-item aspek isi kandungan modul mendapati penilaian responden terhadap Modul Pembelajaran Sistem Elektronik 2 (E2002 ) adalah positif kerana skor min keselumhannya adalah tinggi iaitu 3.92.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
ID Code:1542
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:20 Apr 2011 16:28
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page