Merekabentuk dan menilai peralatan serbaguna untuk ujikaji keseimbangan daya, roda tenaga dan peluncuran

Mohd Khathri, Akasyah (2004) Merekabentuk dan menilai peralatan serbaguna untuk ujikaji keseimbangan daya, roda tenaga dan peluncuran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2219Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti kebolehgunaan peralatan ujikaji serbaguna sebagai salah satu alat bantu pembelajaran. Peralatan ujikaji serbaguna ini telah dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas tempat kajian, tinjauan ke atas keperluan sedia ada, pelajar-pelajar seterusnya kepada tenaga pengajar. Kajian ini dilakukan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dengan menggunakan 40 orang pelajar kejuruteraan mekanikal sebagai sampel kajian.. Maklum balas yang diperolehi menerusi borang soal selidik dianalisis dalam bentuk skor min dan sisihan piawai menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS Versi 11.0) bagi menentukan tahap kebolehgunaan peralatan ujikaji dan aspek mesra pengguna. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kebolehgunaan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah 3.81, persembahan rekabentuk peralatan ialah 3.87 dan keselesaan interaksi pengguna 3.73 adalah tinggi. Oleh itu, hasil kajian mendapati peralatan ujikaji serbaguna ini memenuhi kriteria-kriteria di atas.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA213-215.1 Engineering machinery, tools, and implements
ID Code:1543
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 08:58
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page