Peramalan siri masa aliran sungai dengan kaedah ARIMA dan pelicinan eksponen

Musa, Sabariah (2004) Peramalan siri masa aliran sungai dengan kaedah ARIMA dan pelicinan eksponen. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1481Kb

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada penggunaan model-model ramalan untuk kadaralir bulanan sungai. Dua sungai telah dipilih untuk mengaplikasikan Model Univariat Purata Bergerak Terkamir Autoregresi (ARIMA) dan model Pelicinan Eksponen iaitu Sungai Triang di Kampung Chenor dan Sungai Muar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Data kadaralir diperolehi daripada Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), Malaysia. Kedua-dua model peramalan dianalisa dan dinilai bagi menentukan keupayaan meramalkan kadaralir bulanan untuk ramalan jangka pendek dengan data bermusim dan tidak bermusim. Dengan kaedah ini, mendapati kedua-dua model ARIMA dan Pelicinan Eksponen menunjukkan satu perlaksanaan yang baik dalam ramalan aliran bulanan sungai.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
ID Code:1545
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 16:27
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page