Persediaan pelajar Sijil Pengurusan Pelancongan sebelum memasuki dunia pekerjaan dalam industri pelancongan

Abu Bakar, Siti Zauyah (2004) Persediaan pelajar Sijil Pengurusan Pelancongan sebelum memasuki dunia pekerjaan dalam industri pelancongan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1139Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk meninjau persediaan dari aspek pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar, tahap persediaan dari aspek kemahiran yang melibatkan beberapa jenis kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal dan kemahiran komputer. yang diperlukan oleh pelajar sebelum memasuki dunia pekeijaan dalam industri pelancongan. Tinjauan juga dibuat ke atas pengalaman yang diperolehi semasa latihan industri sebagai persediaan awal yang mendedahkan pelajar kepada dunia pekeijaan dan kesesuaian kurikulum pendidikan pelancongan di politeknik untuk memberi persediaan kepada pelajar bagi memulakan keijaya dalam bidang pelancongan. Sampel kajian ini terdiri daripada 35 orang pelajar semester 4 Sijil Pengurusan Pelancongan, Politeknik Shah Alam. Sebelum kajian sebenar, kajian rintis telah dibuat untuk menjamin kebolehpercayaan item-item yang dibina dalam borang soal selidik. Maklumat yang diperolehi daripada kajian sebenar kemudiaanya dianalisis menggunakan ststistik deskriptif dengan menggunakan kaedah peratusan dan min menggunakan perisian SPSS. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa persediaan pelajar secara puratanya hanyalah berada pada tahap sederhana. Ini memberi gambaran bahawa beberapa peningkatan perlu dibuat seperti meningkatkan prestasi kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar, mengemaskini kurikulum seperti yang diperlukan oleh industri dan penekanan kepada beberapa jenis pengetahuan seperti perakaunan dan polisi seperti yang disarankan dalam cadangan yang telah dikemukakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
ID Code:1548
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 16:32
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page