Latar belakang pendidikan pensyarah dan persepsi pelajar terhadap pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Ungku Omar, Perak

Wan Mokhtar, Wan Nurul Hekmah (2002) Latar belakang pendidikan pensyarah dan persepsi pelajar terhadap pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Ungku Omar, Perak. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
6Mb

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan latar belakang pendidikan pensyarah terhadap persepsi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti samada terdapat atau tidak hubungkait di antara latar belakang pendidikan pensyarah dengan persepsi pelajar kerana latar belakang pendidikan pensyarah secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Selain itu, penyeldikan ini juga tertumpu kepada beberapa aspek kajian seperti kelayakan mengajar, tanggapan pelajar, minat terhadap matapelajaran yang diajar, pengalaman bekeija, penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kesediaan mengajar. Dalam kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang pensyarah baru yang mengajar kurang daripada 4 tahun dalam matapelajaran yang diluar bidang mereka. Sampel dibuat secara persampelan kuota yang dipilih daripada Unit Senibina dan Unit Ukur Tanah sahaja yang berada dibawah Jabatan Kejuruteraan Awam di PUO. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) ver 10.0 dengan membuat pengiraan peratusan, skor min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perkaitan antara latar belakang pendidikan pensyarah dengan persepsi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa latar belakang pendidikan pensyarah juga mempengaruhi tahap pencapaian pelajar di PUO.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
ID Code:1558
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:21 Apr 2011 08:47
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page