Penghasilan dan penilaian buku panduan penggunaan osiloskop

Salim, Nurulhuda (2003) Penghasilan dan penilaian buku panduan penggunaan osiloskop. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. . .

[img]PDF
990Kb

Abstract

Projek "Penghasilan dan Penilaian Buku Panduan Penggunaan Osiloskop" ini adalah suatu projek yang bertujuan untuk melihat sejauh mana penerimaan pelajar terhadap penghasilan buku panduan ini. Kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti kepentingan buku panduan dalam pembelajaran di makmal serta mengenalpasti masalah yang sering dialami oleh pelajar semasa menggunakannya. Seramai 58 orang pelajar Semester 2 Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik, KUiTTHO telah dijadikan sampel kajian. Borang soal selidik dijadikan sebagai instrumen kajian seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science 11.0 jar Windows (SPSS). Dapatan menunjukkan penggunaan buku panduan penting dalam pembelajaran di makn1al. Buku Panduan Penggunaan Osiloskop yang telah dihasilkan, jelas membuktikan bahawa aspek isi kandungan, persembahan dan gaya pembelajaran mempengaruhi penerimaan pelajar terhadapnya. Buku panduan yang diperkenalkan ini dapat membantu memudahkan proses pembelajaran para pelajar di makmal.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
ID Code:1559
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:20 Apr 2011 16:42
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page