Pengaruh motivasi dan kesannya terhadap prestasi akademik : tinjauan terhadap pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal sesi 1999/2000 KUiTTHO

Razik, Muhammad Ashlyzan (2002) Pengaruh motivasi dan kesannya terhadap prestasi akademik : tinjauan terhadap pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal sesi 1999/2000 KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1581Kb

Abstract

Laporan Projek Saijana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk 'PENGARUH MOTIVASI DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI AKADEMIK'. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan faktor-faktor yang signifikan dalam penentuan prestasi akademik pelajar (faktor dalaman, luaran dan persekitaran) dengan prestasi akademik yang diukur melalui Purata Markah Keseluruhan atau CGPA. Sampel kajian adalah seramai 60 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal sesi 1999/2000 KUiTTHO. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan sejenis instrumen kajian dalam mendapatkan data iaitu borang soal selidik. Kesemua data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif dan secara inferensi. Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara setiap pembolehubah. Terdapat tiga faktor utama yang dikaji iaitu faktor dalaman(min=3.6), faktor luaran(min=3.7) dan faktor persekitaran (min=2.9). Hasil kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga tiga faktor tersebut mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi akademik. Faktor dalaman yang paling memberi hubungan yang signifikan dalam prestasi akademik dengan 0.795, faktor luaran 0.650 dan faktor persekitaran 0. 339. Di akhir kajian ini, pengkaji mencadangkan agar (i) Mengadakan banyak Kem Motivasi, (ii) Peningkatan cara pengajaran pensyarah, (iii) Penyediaan peralatan pembelajaran yang mencukupi, (iv) Sumber rujukan seperti buku dan majalah di Perpustakaan mesti mencukupi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1569
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 08:55
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page