Pengautomasian maklumat aktiviti pelajar di Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Ismail, Suhairi (2003) Pengautomasian maklumat aktiviti pelajar di Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1736Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan model Sistem Maklumat Aktiviti Pelajar (SMAP) di Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan Pelajar (PKPP), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Model yang dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem iaitu pelajar KUiTTHO tentang sejauh manakah kesesuaiannya dari aspek isi kandungan sistem, persembahan laman web dan juga kepentingan pembangunan SMAP yang sebenar. SMAP yang dihasilkan mengandungi kegunaannya sebagai penyebar maklumat berkenaan aktiviti yang dijalankan oleh PKPP dan juga kemudahan pendaftaran untuk mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran PKPP dan juga pendaftaran untuk temujanji kaunseling. Secara umumnya hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengguna memberikan reaksi positif terhadap model SMAP yang dibangunkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB3602 School life. Student manners and customs
ID Code:1574
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Apr 2011 12:21
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page