Penggunaan jenis-jenis penilaian oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar

Ahmad, Noor Afzan and Yahya, Noorhayani and Tan, May Ling (2001) Penggunaan jenis-jenis penilaian oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1573Kb

Abstract

Penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang st'artegi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Penilaian terdiri daripada empat iaitu pra penempatan, formatif, diognastik dan sumatif. Keempat-empat jenis penilaian ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Melalui dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah lelaki lebih banyak menggunakan jenis-jenis penilaian dalam bilik kuliah iaitu min 3.37 berbanding dengan pensyarah perempuan iaitu min 3.28. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 47% responden mempunyai pengetahuan tentang penilaian pendidikan jenis objektif, 64% responden mengaplikasikan jenis penilaian kaedah lisan dalam aktiviti pengajaran dan 84% responden bersetuju bahawa penilaian pendidikan telah dapat meningkatkan mutu diri pensyarah dalam aktiviti pengajaran. Manakala 2.7% responden tidak bersetuju bahawa pelajar diberi masa yang mencukupi sebelum sesuatu jenis penilaian dilakukan. Sehubungan dengan itu pengkaji mencadangkan supaya pensyarah-pensyarah didedahkan dengan penggunaan jenis-jenis penilaian untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan d a l am usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu.Pensyarah juga digalakkan untuk melakukan jenis-jenis penilaian dalam bilik kuliah. Selain daripada itu, pensyarah juga perlu memastikan pelajar sentiasa bersedia untuk dibuat penilaian. Seterusnya pensyarah perlu mempelbagaikan jenis-jenis penilaian pendidikan dalam aktiviti pengajaran bagi mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:1575
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Apr 2011 12:12
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page