Mengkaji hubungkait antara gaya kepimpinan pensyarah dan prestasi pelajar bagi kursus pengenalan komputer di Politeknik Johor Bahru

Abdul Wahid, Azila and Misrun, Emmawati and Ahmad, Norhafiza (2001) Mengkaji hubungkait antara gaya kepimpinan pensyarah dan prestasi pelajar bagi kursus pengenalan komputer di Politeknik Johor Bahru. Masters thesis, Kolej Universiti teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2042Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungkait statistik yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang di bawa oleh pensyarah kursus Pengenalan Komputer terhadap prestasi pencapaian pelajar dari segi gred terhadap kursus tersebut. Kajian ini dijalankan di Politeknik Johor Bahru yang terletak di Pasir Gudang dengan mengambil pelajar-pelajar semester 2 dan 3 Diploma dan Sijil 'Hotel Catering' sebagai populasi. Kajian ini turut mengkaji gaya kepimpinan yang dominan yang telah digunakan oleh pensyarah kursus ini serta turut meninjau apakah pendekatan dalam gaya kepimpinan tersebut yang lebih disukai oleh pelajar. Kajian yang dijalankan akan melibatkan seramai 22 orang responden. Manakala borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang akan digunakan di dalam penyelidikan ini. Data yang akan diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS Versi 9 dan laporan adalah dalam bentuk jadual ujian Chi-Square.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:1576
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:27 Apr 2011 08:52
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page