Pemantapan penilaian pembimbing dalam program latihan mengajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Osman, Hanizah (2002) Pemantapan penilaian pembimbing dalam program latihan mengajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2236Kb

Abstract

Program Latihan Mengajar merupakan satu aspek penting dalam kursus latihan guru bertujuan mendedahkan mereka aspek tugas pengajaran di bilik daijah atau bilik kuliah dan juga mendapatkan pengalaman asas mengenai tugas, tanggungjawab dan peranan seorang guru di sekolah atau politeknik. Oleh yang demikian, adalah menjadi hasrat kajian untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan penggunaan borang penilaian pembimbing yang sedia ada terhadap pembaharuan ke atas borang tersebut kepada penyediaan sebuah Buku Laporan Penilaian Pembimbing Latihan Mengajar. Seramai 50 orang responden yang dipilih secara rawak dari lima buah politeknik di Malaysia untuk mewakili politeknik-politeknik di Malaysia untuk mendapatkan data kuantitatif. Hasil kajian ini diperolehi melalui maklum balas soal selidik dan dianalisis menggunakan "Statistical Package for Social Sciences" (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan responden bersependapat terhadap perlunya pembaharuan dan perubahan dalam penyediaan satu penilaian pembimbing yang sistematik. Dari hasil dapatan kajian ini merupakan sebuah produk "Buku Laporan Penilaian Pembimbing Latihan Mengajar". Penghasilan produk ini telah mendapat penilaian semula daripada pihak yang arif dan pakar dalam penilaian dan penyelarasan program latihan mengajar. Secara keseluruhannya responden percaya pembaharuan perlu dilakukan dan ini dapat meningkatkan keberkesanan dalam penilaian ke atas pelatih.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
ID Code:1578
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:27 Apr 2011 08:54
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page