Persepsi pelajar Diploma Akauntansi terhadap program latihan industri : tinjauan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah Darul Aman

Musa, Laila (2001) Persepsi pelajar Diploma Akauntansi terhadap program latihan industri : tinjauan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah Darul Aman. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
3291Kb

Abstract

Latihan industri merupakan suatu program yang bermanfaat dan merupakan sebahagian daripada kurikulum peringkat pengajian sijil dan diploma di Politeknik-politeknik Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Diploma Akauntansi dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra terhadap program latihan industri. Responden adalah terdiri daripada 92 orang pelajar tahun akhir yang telah menjalani latihan industri semasa semester keempat. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for the Social Science version 10.0) digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Kaedah kuantitatif telah digunakan bagi melaksanakan objektif kajian yang telah ditentukan. Dengan demikian, statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis dapatan persepsi responden terhadap program latihan industri. Hasil kajian melaporkan dapatan yang diperolehi berkenaan keberkesanan dan sumbangan program latihan industri. Semua responden mempunyai persepsi yang positif terhadap program berkenaan. Lima perkara yang dibincangkan berkenaan keberkesanan dan sumbangan latihan industri terhadap pelajar perakaunan ialah (a) memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekeijaan sebenar; (b) menghubungkan teori kepada praktis; (c) membina kemahiran kepada pelajar dari segi kemahiran sosial, interpersonal dan teknikal; (d) menambahkan pengetahuan pelajar dan mempengaruhi pembelajaran mereka; dan (e) mempengaruhi keyakinan pelajar dari segi kebolehan diri dan mengesahkan kursus perakaunan adalah pilihan yang betul.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1586
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 14:43
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page