Pengaruh latar belakang data demografi pensyarah politeknik terhadap kepatuhan kod etika profesion keguruan

Low, Weng Choon (2007) Pengaruh latar belakang data demografi pensyarah politeknik terhadap kepatuhan kod etika profesion keguruan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1910Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kepatuhan kod etika kerja dengan faktor demografi pensyarah Politeknik Johor Bahru (PJB). Antara faktor demografi yang dilihat adalah umur, latar belakang pendidikan ikhtisas dan tempoh perkhidmatan. Di samping itu, kajian juga membandingkan nilai kerja yang diamalkan oleh pensyarah Politeknik dari pelbagai jabatan dan latar belakang pendidikan ikhtisas yang berlainan. Sebanyak 135 pensyarah telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Aspek kepatuhan etika keija yang dilihat dalam kajian ini ialah dari segi pakaian, peraturan waktu bekeija dan hubungan interpersonal sesama rakan sejawat serta staf sokongan. Semua data dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS Versi 11. Statistik deskriptif digunakan untuk mencari skor min untuk setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah dari jabatan mekanikal paling mematuhi etika kerja kerana mencatat skor min tertinggi berbanding dengan pensyarah dari jabatan elektrik dan jabatan rekabentuk berserta komunikasi visual. Sementara itu, pensyarah yang berkelulusan sarjana pendidikan paling mematuhi kod etika berbanding dengan pensyarah yang berkelulusan diploma kejuruteraan berserta pendidikan dan diploma perguruan asas. Namun demikian, kajian mendapati bahawa pensyarah yang berkelulusan sarjana pendidikan ini mempunyai hubungan interpersonal yang rendah. Manakala, untuk statistik inferensi, pengkaji menggunakan ujian korelasi spearman untuk menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor demografi dengan kepatuhan kod etika. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan bagi umur, latar belakang pendidikan ikhtisas dan tempoh perkhidmatan terhadap kepatuhan etika kerja.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
ID Code:1591
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:21 Apr 2011 16:31
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page