Tahap kesedaran pelajar tentang isu gangguan seksual dan kesannya terhadap pembelajaran

Mohd Hasmi, Mohd Hazreel (2003) Tahap kesedaran pelajar tentang isu gangguan seksual dan kesannya terhadap pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1576Kb

Abstract

Isu gangguan seksual di tempat kerja memang sudah terlalu banyak diperkatakan namun secara sedar atau tidak gangguan seksual juga sebenarnya sudah lama menular ke institusi-mstitusi pendidikan dan keadaan ini sebenarnya sudah boleh dianggap merbahaya kerana secara tidak langsung ia boleh mengancam dan mengganggu gugat proses pembelajaran pelajar dan juga kelancaran sistem pengajaran sesebuah institusi pendidikan itu. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji sejauh manakah tahap kesedaran pelajar Diploma Pelancongan, Politeknik Johor Bharu (PJB) tentang isu gangguan seksual yang wujud di institusi-institusi pendMikan. Selain daripada itu, kajian mi juga dihasilkan untuk mengkaji kewujudan kesan-kesan negatif terhadap pembelajaran akibat diganggu secara seksual serta mengkaji keperluan diwujudkan satu produk Buku Panduan Keselamatan Gangguan Seksual di Institusi Pendidikan sebagai salah satu mekanisma bimbingan yang boleh digunakan oleh para pelajar, pensyarah dan kakitangan di Politeknik Johor Bharu untuk mempertahankan diri. Dengan menggunakan instrumen borang soal selidik dan temuramah, seramai 100 orang responden dipilih yang terdiri daripada para pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, PJB. Menerusi kajian yang dijalankan, didapati kebanyakkan pada responden pernah mengalami gangguan seksual tetapi malangnya ianya agak sukar untuk disedari. Tahap kesedaran para pelajar tentang kewujudan gangguan seksual di institusi pendidikan juga masih di tahap sederhana dan perlukan perhatian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap kesedaran mereka. Gangguan seksual juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kesan negatif terhadap pembelajaran mangsa. Keperluan diwujudkan sebuah Buku Panduan Keselamatan Gangguan Seksual mendapat sambutan baik dari semua pelajar sebagai mekanisma mencegah dan seterusnya membanteras gejala gangguan seksual yang boleh dianggap sebagai racun perosak kepada ketenteraman suasana pembelajaran di dalam kampus.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1595
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 16:53
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page