Persepsi pelajar terhadap profesion perguruan (satu tinjauan ke atas pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Mohd Nawi, Damaisari (2001) Persepsi pelajar terhadap profesion perguruan (satu tinjauan ke atas pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1804Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar Saijana Pendidikan Teknikal di KUiTTHO terhadap profesion perguruan. Sehubungan dengan itu, kajian ini melaporkan mengenai faktor yang menarik minat dan faktor yang menolak minat pelajar terhadap profesion perguruan serta sikap pelajar terhadap profesion perguruan. Kajian ini melibatkan 270 orang pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang terdiri daripada 110 orang pelajar Semester 1, 108 pelajar Semester 2 dan 52 orang pelajar Semester 3. Hasil kajian mendapati purata pelajar lelaki menunjukkan minat yang sederhana terhadap profesion perguruan. Begitu juga dengan pelajar perempuan, puratanya menunjukkan minat yang sederhana terhadap profesion perguruan kecuali pelajar perempuan yang memilih profesion perguruan sebagai pilihan pertama menunjukkan minat yang tinggi terhadap profesion perguruan. Hasil kajian juga mendapati faktor utama yang menarik minat pelajar lelaki terhadap profesion perguruan ialah minat terhadap profesion itu sendiri, diikuti oleh faktor untuk melanjutkan pelajaran dan gaji yang tetap. Faktor utama yang menarik pelajar perempuan ialah minat terhadap profesion itu sendiri, diikuti oleh faktor dorongan orang terdekat dan gaji yang tetap. Manakala faktor utama yang menolak minat pelajar lelaki dan perempuan terhadap profesion perguruan ialah gaji yang tidak setimpal dan peluang pekerjaan lain yang lebih lumayan. Namun begitu, keseluruhan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap profesion perguruan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
ID Code:1602
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:27 Apr 2011 11:02
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page