Tinjauan kelaziman gaya pengajaran pensyarah kejuruteraan menurut perspektif pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Ngah, Hasnah (2004) Tinjauan kelaziman gaya pengajaran pensyarah kejuruteraan menurut perspektif pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Masters thesis, Kolej Universiti teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2330Kb

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada gaya pengajaran bagi pensyarah bidang kejuruteraan. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat apakah gaya pengajaran yang lazim digunakan oleh pensyarah kejuruteraan sama ada bagi pensyarah kejuruteraan awam, elektrik mahupun mekanikal dari perspektif pelajar. Selain itu, kajian ini juga melihat apakah terdapat perbezaan gaya pengajaran yang digunakan oleh pensyarah bagi ketigatiga kursus ini. Kajian ini dijalankan ke atas 129 orang pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan sebagai sampel. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 11.0 dengan mendapatkan nilai peratusan, jumlah, skor min dan juga perbandingan min. Dapatan kajian mendapati gaya pengajaran yang lazim digunakan oleh pensyarah kejuruteraan ialah gaya pengajaran fasilitator. Sementara tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pengajaran yang digunakan oleh pensyarah kejuruteraan awam, elektrik dan juga mekanikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di harap, kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:1617
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:21 Apr 2011 16:45
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page