Pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional

Omar, Zakaria (2014) Pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p ZAKARIA OMAR.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
ZAKARIA OMAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ZAKARIA OMAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pendekatan konstruktif adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar manakala inovasi pengajaran pula dikaitkan dengan kaedah pengajaran yang terbaru demi mengukuhkan pemahaman pelajar. Pembelajaran berasaskan pendekatan konstruktif merupakan elemen yang penting dan perlu difahami oleh guru-guru bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan peredaran masa dan menjayakan proses tranformasi pendidikan negara. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru bahasa Melayu berkaitan inovasi, mengenal pasti perbezaan yang wujud antara guru lelaki dan guru perempuan dalam mengamalkan inovasi, pengkaji juga melihat adakah wujud perbezaan antara guru baru dan guru yang sudah berpengalaman dalam aspek mengaplikasikan inovasi serta mengenal pasti kekangan-kekangan yang dialami oleh para guru untuk mengaplikasikan inovasi di sekolah. Seramai 63 orang guru bahasa Melayu dari lapan buah kolej vokasional telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan bahawa guru�guru bahasa Melayu memahami kepentingan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga menunjukkan guru-guru perempuan lebih banyak menerapkan unsur inovasi dalam pengajaran berbanding guru lelaki. Walaupun begitu, aspek pengalaman tidak menunjukkan perbezaan dari segi pengamalan inovasi sama ada guru baru ataupun guru yang sudah berpengalaman. Pengkaji juga mengenal pasti beberapa kekangan yang dialami oleh guru-guru untuk mengamalkan inovasi ini. Sebagai langkah untuk menangani masalah berkenaan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji bagi memastikan guru-guru dapat merealisasikan proses pengajaran berkesan dengan penerapan inovasi mengikut model pendekatan konstruktif. Pengkaji berharap, kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan kepada pelaksana kurikulum bagi memastikan budaya inovasi sentiasa menjadi amalan dalam kalangan guru demi mengangkat profesionalisme guru di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 04 Oct 2021 08:45
Last Modified: 04 Oct 2021 08:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1706

Actions (login required)

View Item View Item