Gaya dan nilai kepimpinan unggul dalam menangani masalah ekonomi : satu analisa daripada kisah Nabi Yusuf

Jaes, Lutfan and Abdul Rahim, Mohd Hisyam (2011) Gaya dan nilai kepimpinan unggul dalam menangani masalah ekonomi : satu analisa daripada kisah Nabi Yusuf. In: Persidangan Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011, 20-21 April 2011, Universiti Malaysia Sarawak.

[img]
Preview
PDF
370Kb

Abstract

Masalah ekonomi amnya timbul daripada fenomena kekurangan sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, gaya dan nilai amalan terbaik pengurusan perlu diamalkan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan cekap, profesional dan mencapai matlamat yang digariskan. Lantaran itu, kertas kerja ini melihat khususnya gaya dan nilai-nilai unggul3 dalam amalan pengurusan ekonomi yang dipunyai dan dipraktikkan oleh Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kegawatan akibat kemarau yang berlaku pada zaman baginda. Signifikan kisah Nabi Yusuf dipilih kerana baginda adalah pentadbir ekonomi Mesir pada zamannya di samping darjatnya sebagai seorang nabi dan rasul. Kertas kerja ini turut mengambilkira pandangan ahli-ahli ekonomi masakini berkenaan analisa yang dibuat. Hasil daripada penelitian didapati terdapatnya beberapa gaya dan nilai unggul dalam pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s. sehingga baginda berjaya menangani masalah ekonomi pada waktu itu. Sebahagian daripada gaya dan nilai tersebut adalah keadilan (’adalah), ihsan dan kerjasama (ta’awun). Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman oleh kerana itu diharapkan penulisan ini memberi idea dan membuka ruang khususnya dalam mencipta formula yang mampu membangun dan mengurus ekonomi negara menurut perspektif Islam dengan berjaya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:masalah ekonomi; kepimpinan unggul; Nabi Yusuf a.s.
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP160-165 General works on Islam
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:1720
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:15 Aug 2011 12:15
Last Modified:15 Aug 2011 12:15

Repository Staff Only: item control page