Penyebaran elektronik bahan ilmiah - reka bentuk dan penyebaran

Joned, Amran (2009) Penyebaran elektronik bahan ilmiah - reka bentuk dan penyebaran. In: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENERBITAN ILMIAH 2009, 18-19 April 2009, KUALA LUMPUR.

[img]
Preview
PDF - Published Version
618Kb

Abstract

Penerbitan elektronik biasanya melibatkan proses menukar bentuk penerbitan konvensional(buku, ensiklopedia majalah, jumal dan lain-lain lagi) ke bentuk digital atau penghasilan bahan digital secara langsung tanpa melalui proses penerbitan konvensional. Teknologi komputer yang serba canggih dewasa ini (daripada segi perisian dan perkakasan) membolehkan kita menghasilkan bahan digital dengan mudah. Melalui penerbitan elektronik kita boleh mengadunkan unsur multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi untuk menjadikan bahan digital yang dihasilkan lebih menarik dan membangkitkan minat pengguna untuk menggunakan bahan tersebut. Seperti juga penerbitan konvensional, penerbitan elektronik juga mempunyai berbagai-bagai bentuk mengikut kehendak pengguna. Sebagai contoh reka bentuk bahan ilmiah haruslah menepati kehendak pengguna ilmiah yang inginkan maklumat dengan mudah dan pantas. Pembinaan pangkalan data seperti pangkalan data jurnal, buku dan juga artikel-artikel ilmiah sangat penting untuk menyokong tujuan ini. Pembinaan pangkalan data membolehkan bahan-bahan yang berkaitan dengan bidang yang diminati mudah dicapai dengan cepat menggunakan enjin gelintar, dengan itu ia dapat membantu ilmuan mendapatkan maklumat dengan mudah. Laman web boleh dimanfaatkan sebagai medium penyimpanan, penyebaran dan juga capaian bahan digital secara dalam talian. Selain itu peranti ingatan seperti CD-ROM, DVD-ROM, cakera padat atau lain-lain peranti ingatan digital boleh juga digunakan sebagai medium penyimpanan dan penyebaran secara luar talian. Daripada aspek pengantarabangsaan, teknologi yang ada dewasa ini membolehkan bahan-bahan digital disebarkan dengan cepat, tanpa penghadan masa dan melangkaui sempadan benua dan juga budaya Oleh itu isu utama penerbitan elektronik bukanlah berkisar kepada penggunaan perkakasan dan perisian tetapi bagaimana bahan digital sepatutnya direka bentuk bagi memenuhi kehendak pengguna akhir. Sebagai contoh pengguna akhir adalah pengguna umum, pelajar, guru dan juga mengguna di peringkat pengajian tinggi yang berbentuk ilmiah agar ia dapat digunakan dengan berkesan. Isu kedua ialah kemahiran pengguna menggunakan teknologi komputer bagi membolehkan mereka mendapatkan bahan rujukan dengan berkesan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:1814
Deposited By:Ahmad Faisal Ishak
Deposited On:04 Oct 2011 10:40
Last Modified:13 Dec 2011 11:53

Repository Staff Only: item control page