Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi

al-Edrus, Syed Muhammad Dawilah (2009) Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi. In: Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di IPT dan Komuniti, 2-3 Disember 2009, Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM.

[img]
Preview
PDF - Published Version
1287Kb

Abstract

Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya' dan awlia' dari satu generasi ke generasi. Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimat sinonim yang sarat dinukilkan di dalam al-Quran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al-bab para pendakwah. Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i di dalam menyampaikan syariat Allah kepada ummatnya. Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang mencernakan kualiti unggul ulu al-bab. Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah almu'asirah) yang bertanggungjawab melakukan dakwah adalah tugas ummat Islam yang tiada sebarang pengecualian. Semua sumber daya usaha ummat mesti digembeling ke arah memperkasakan iltizam dan meningkatkan tindakan kerja-kerja dakwah. Justeru penggunnaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatan kerakusan serangan globalisasi kini. Kertas ini cuba mengupas persoalan ini dan cuba memberikan cadangan penyelesaian yang munasabah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:1846
Deposited By:Ahmad Faisal Ishak
Deposited On:04 Oct 2011 11:32
Last Modified:04 Oct 2011 11:32

Repository Staff Only: item control page