Pencarian kawasan potensi air bumi di Daerah Batu Pahat menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Kaamin, Masiri and Tajul Baharuddin, Mohamad Faizal and Wong, W. C (2007) Pencarian kawasan potensi air bumi di Daerah Batu Pahat menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). In: Persidangan Kebangsaan AWAM '07, 29-31 Mei 2007, Langkawi, Kedah.

[img]
Preview
PDF
694Kb

Abstract

Air bumi merupakan salah satu alternatif untuk mendapatkan sumber air bagi menampung permintaan pertambahan air di Malaysia. Kekangan utama dalam kajian ekplorasi air bumi adalah menggunakan kaedah konvensional seperti kaedah ground based surveys, surface electrical resistivity dan exploratory drilling yang tidak ekonomi dan memakan masa. Dalam membantu proses ekplorasi ini, teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah dipraktikkan dengan mengintegrasikan data ruangan dan data atribut dengan menggunakan perisian ArcView v3.2. Pengintegrasian dan penganalisaan lapisan-lapisan data ruang melibatkan peta guna tanah, jenis tanah, ketumpatan lineamen, keamatan hujan, ketumpatan saliran, ketinggian dan kecerunan. Teknik ini telah berjaya menghasilkan peta kawasan potensi air bumi di Daerah Batu Pahat. Perbandingan data bore hole yang diperolehi dari Jabatan Mineral dan Geosains Johor dengan peta potensis air bumi yang dihasilkan menunjukkan terdapat persamaan dari segi hasil yang dijangkakan. Ini menunjukkan bahawa teknik GIS ini sangat praktikal untuk digunakan dalam meramal kedudukan potensi air bumi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Sistem Maklumat Geografi (GIS); potensi air bumi
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Water and Environmental Engineering
ID Code:1851
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:04 Oct 2011 11:15
Last Modified:04 Oct 2011 11:15

Repository Staff Only: item control page