Ciri-ciri indeks dan mekanikal bagi tanah liat terstabil simen dan kapur di Semenanjung Malaysia

Mohd Yusof, Khairul Nizar and Zainal Abidin, Mohd Hazreek and Abu Talib, Zaihasra (2007) Ciri-ciri indeks dan mekanikal bagi tanah liat terstabil simen dan kapur di Semenanjung Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan AWAM ‘07 , 29-31 Mei 2007, Langkawi, Kedah.

[img]
Preview
PDF
663Kb

Abstract

Tanah liat dikatakan tanah yang banyak memberi masalah kepada jurutera awam dan geoteknik. Masalah yang sering kali berlaku disebabkan oleh tanah liat adalah seperti enapan dan keupayaan galas yang rendah. Dengan pertumbuhan penduduk dan ekonomi yang maju, banyak projek - projek membangun dengan pesatnya. Kebanyakan projek pembinaan yang dijalankan tertumpu pada kawasan tanah liat ini. Sekiranya masalah awal tidak diatasi, ia akan mendatangkan bahaya kepada penghuni samaada untuk jangka masa panjang atau pendek, di samping merugikan pemaju pembinaan. Bagi menyelesaikan masalah ini, kaedah penstabilan tanah menggunakan simen dan kapur telah dijalankan untuk kajian ini. Peratusan simen yang digunakan adalah sebanyak 5 %, manakala bagi kapur adalah 3 %. Peratusan simen dan kapur yang diambil adalah berdasarkan peratusan ideal daripada pengkaji - pengkaji lepas. Sampel tanah telah di ambil di RECESS, KUiTTHO yang mana kawasan ini belum lagi dimajukan dan ia merupakan pusat penyelidikan tanah liat lembut. Sampel yang diambil adalah jenis sampel tidak terusik dan kedalamannya adalah antara 1.0 m hingga 3.0 m. Antara ujikaji yang dijalankan untuk menentukan komposisi indeks ialah kandungan lembapan asal, taburan saiz zarah, had Atterberg, graviti tentu, bagi komposisi mekanikal adalah seperti ujian mampatan tak terkurung dan pengukuhan. Hasil daripada ujikaji yang telah dijalankan, julat nilai kandungan lembapan adalah antara 53.95 % hingga 74.65 %. Julat kandungan lempung adalah antara 13.67 % hingga 15.14 %, manakala bagi kelodak adalah antara 84.86 % hingga 86.33 %. Julat bagi graviti tentu adalah antara 2.52 hingga 2.66. Selain itu, nilai keupayaan galas tanah terletak antara 19.48 kN/m2 hingga 24.8 kN/m2. Nilai keupayaan galas ini meningkat apabila tanah terstabil 3 % kapur dan 5 % simen iaitu masing - masing berjulat antara 23.99 kN/m2 hingga 35.3 kN/m2, 25.3 kN/m2 hingga 39.8 kN/m2. Selain itu juga, nilai pekali pengukuhan, indeks mampatan, dan pekali kebolehtelapan tanah masing - masing terletak dalam julat 0.248 hingga 0.332, 0.17 m2/tahun hingga 1.40 m2/tahun dan 0.03204 x 10"9 ms"1 hingga 0.4876 x 10"9 ms"1. Apabila terstabil 3 % kapur dan 5 % simen, nilai pekali pengukuhan telah meningkat yang mana masing - masing berjulat antara 0.42 m2/tahun hingga 4.61 m2/tahun, 0.39 m2/tahun hingga 7.93 m2/tahun, nilai pekali kebolehtelapan juga turut meningkat iaitu masing -masing berjulat 0.05134 hingga 1.3754 x 10"9 ms"1, 0.05468 hingga 1.4927 x 10"9 ms"1. Nilai indeks mampatan, masing - masing menunjukkan penurunan iaitu julat antara 0.199 hingga 0.266, dan 0.201 hingga 0.287.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:ciri-ciri indeks; ciri-ciri mekanikal; tanah liat; kapur; simen; had atterberg; pengukuhan tanah; kebolehtelapan tanah
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1-163 Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Civil Engineering
ID Code:1864
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:04 Oct 2011 14:52
Last Modified:04 Oct 2011 15:14

Repository Staff Only: item control page