Peramalan kadaralir sungai bermusim dan tidak bermusim dengan kaedah pelicinan eksponen

Musa, Sabariah and Wan Mohamed, Wan Afnizan (2007) Peramalan kadaralir sungai bermusim dan tidak bermusim dengan kaedah pelicinan eksponen. In: Persidangan Kebangsaan AWAM '07, 29-31 Mei 2007, Langkawi, Kedah.

[img]
Preview
PDF
773Kb

Abstract

Data kadaralir sungai adalah penting dan diperlukan oleh jurutera dalam merekabentuk, membina dan menjalankan projek pembangunan sumber air. Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan model-model yang sesuai untuk peramalan jangka pendek bagi aliran sungai bulanan. Fokus utama ramalan ini dibuat terhadap dua jenis sungai yang mengalami keadaan bermusin dan tidak bermusim. Dua sungai yang dipilih ialah Sungai Muar di Kuala Pilah dan Sungai Triang di Kampung Chenor, Negeri Sembilan. Pengujian dan penilaian model-model tentatif dilakukan terhadap kedua-dua sungai bagi menentukan keupayaan model. Model yang mempunyai nilai Jumlah Variasi (Sum of Squared Errors ,SSE), Purata Peratusan Ralat Mutlak(Mean Absolute Percentage Errors ,MAPE) dan Ralat Purata Kolerasi (Root Mean Squared Errors,RMSE) terendah dipilih sebagai model terbaik untuk peramalan. Bagi data bermusim, Model Berhaluan Linear Bermusim (Linear Trend and An Additive Seasonal, LA) berkeupayaan meramal dengan baik manakala Model Berhaluan Lembab Tidak Bermusim( Damped Trend and No Seasonality, DN) adalah model terbaik bagi data tidak bermusim. Dengan hasil ramalan ini,mendapati model pelicinan eksponen menunjukkan satu pelaksanaan yang baik dalam ramalan aliran bulanan sungai. Kata Kunci: Peramalan jangka pendek, kadaralir sungai, model

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:peramalan jangka pendek; kadaralir sungai; model pelicinan eksponen
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Water and Environment Engineering
ID Code:1873
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:04 Oct 2011 12:05
Last Modified:04 Oct 2011 12:05

Repository Staff Only: item control page