Nilai nilai sufistik syair syair Melayu faktor pemangkin islamisasi di Empayar Johor-Riau-Lingga

Abdul Fattah, Rafiuddin Afkari (2010) Nilai nilai sufistik syair syair Melayu faktor pemangkin islamisasi di Empayar Johor-Riau-Lingga. In: Seminar Antarabangsa Sejarah dan Warisan Empayar Johor-Riau , 5-7 November 2010, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada, Johor.

[img]
Preview
PDF
1116Kb

Abstract

Karya-karya lama yang terawal seperti Gurindan Dua Belas (1847), Tuhfat al-Nafis, Bustan al-Katibin (1851), Thamarat al-Mahammah dan Mukaddimah fi Intizam Waza'if al-Malik adalah merupakan panduan pengkaji sejarah untuk mendalami secara kritis mengenai sumber-sumber sejarah yang sangat penting untuk tatapan dan ratapan bagi generasi muda yang akan datang. Di dalam karya-karya tersebut banyak maklumat mengenai nilai-nilai sufistik pada syair-syair melayu faktor pemangkin islamisasi di empayar Johor Riau Lingga terutamanya di kawasan terpencil kepulauan Riau Lingga di antaranya ialah Pulau Penyengat, Pulau Bentan, Pulau Singkep, Pulau Karimun, dan Tanjung Pinang. Bahan bahan ini merupakan sumber dan rujukan utama sebagai "pemandu arah" kepada proses Islamisasi di Empayar Johor Riau Lingga. Kajian ini akan cuba menggunakan sumber sumber berkenaan dengan sebaik-baiknya bagi melaksanakan tajuk " Nilai-Nilai Sufistik Pada Syair-Syair Melayu Faktor Pemangkin Islamisasi di Empayar Johor Riau Lingga" sebagai suatu percubaan awal bagi menghuraikan peranan dan sumbangan kaum sufi dalam proses Islamisasi dan perkembangan Islam di Alam Melayu.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:1878
Deposited By:Faizul Sahari
Deposited On:04 Oct 2011 15:54
Last Modified:04 Oct 2011 15:54

Repository Staff Only: item control page